Halaman Utama | Maklumat Peribadi | Album Gambar | Isi Buku Tetamu | Lihat Buku Tetamu | Hubungi Azri

Kembali ke Resepi
Ke Halaman Utama

 

   

Resepi :: Laici Kang

Hakcipta Terpelihara: Ayu 

Kepada yang berminat nak buat laici kang disini ada resepinya... 

longan kering (beli kat kedai sin seng) 
biji selasih 
cincau 
buah kembang se mamgkuk 
kismis (bewarna kuning) 
kacang minyak 
halwa kundur 
teh cina (kalau boleh yang macam ranting tu) 
gula batu 

Basuh dan rebuskan longan kering sampai kembang. Bila dah kembang masukkan gula batu secukup manis dan masukkan kismis. Angkat dan sejukkan. Rendamkan buah kembang se-mang kuk (dalam bekas lain), Rendamkan biji selasih dalam air sejuk (dalam bekas lain), 
Rendamkan teh cina (dalam air panas), Bila semuanya dah kembang bolehlah masukkan ke dalam air longan tadi dan untuk teh cina tapiskan dulu. Pas tu masukkan cincau. Lepas tu simpan kat dalam peti ais. Bila nak minum baru diletakkan kacang dan halua. 

Sekian, selamat mencuba!!