Halaman Utama | Maklumat Peribadi | Album Gambar | Isi Buku Tetamu | Lihat Buku Tetamu | Hubungi Azri

Kembali ke Resepi
Ke Halaman Utama

 

   

Resepi :: Rendang Tok Perak

Hakcipta Terpelihara: Laily Ramli. 

Bahannya: 

1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul 
3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik. 
3 sm halia 
2 sm lengkuas - dikisar hingga halus. 
3 batang serai  dimesin 

30 sen cili kering 
300 gm bawang merah 
4 ulas bawang putih 
2 kuntum bunga lawang 
2 sm kulit kayu manis 
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak. 
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus 
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan. 
Sekeping gula melaka kecil. 
Garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar. 
Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian 
masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama 
daging. Biarkan mendidih. Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering.  Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih. Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salat dan cabai masak.