Halaman Utama | Maklumat Peribadi | Album Gambar | Isi Buku Tetamu | Lihat Buku Tetamu | Hubungi Azri

Kembali ke Resepi
Ke Halaman Utama

 

   

Resepi :: Tapai Sarawak

Hakcipta Terpelihara: Raihan 
 
Assalammualaikum 

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut 
1 biji ragi 
Daun palas secukupnya untuk membungkus 
Lidi kelapa untuk menyepit 

Cara: 

Beras pulut dicuci bersih kemudian dikukus sehingga masak  Lepas itu angkat dan ratakan dalam talam dan disejukkan.  Ragi dijemur dahulu supaya kering,  lepas itu dihancurkan. Taburkan rata-rata pada pulut yang sejuk tadi.  Basahkan tangan dengan air, gaulkan rata pulut tersebut dan kepalkan bulat-bulat seperti bola kecil. Kemudian bungkus dengan daun palas dan dikepit dengan lidi kelapa. Buat hingga habis kesemuanya. 

Sesudah itu masukkan dalam sebuah bekas yang bersih yang sesuai dan balutkan dengan kain rapat-rapat 

Tiga hari kemudian bulehlah dimakan.